Thursday, December 24, 2009

Ancaman Gempa Sekuat 8.6 skala Richter

Gempar....menurut berita terkini satu gempa bumi sekuat 8.6 pada skala Richter diramalkan berlaku dibawah Pulau Siberut, Sumatera Barat. Ini akan mencetuskan gelombang tsunami yang boleh menyamai tragedi Aceh 2004 yang telah mengorbankan hampir 230,000 nyawa. Masa tu satu dunia merasa kesannya.....

Ramalan pakar-pakar geologi, gempa yang diramalkan akan berlaku itu akan 'mengamuk' pada bila-bila masa mulai sekarang hinggalah tempoh dua dekad akan datang....hmmm kalau difikir-fikirkan memanglah takut, risau, tapi yang penting sekali kita kena kaji kenapa gempa semakin menjadi-jadi sekarang dan apa langkah-langkah keselamatan jika gempa yang dicanangkan akan berlaku

Gempa bumi ini bukan sahaja akan mengegarkan bumi Sumetara Barat tetapi Malaysia juga kene tempiasnya...Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd Rosaidi Che Abas berkata, gempa sekuat ni boleh menyebabkan tsunami yang akan mengancam Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutamanya Melaka dan Johor.

Emmm...nampaknya pihak berkuasa di Malaysia juga haruslah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga agar jika berlaku gempa bumi ini nanti sudah ada persiapan bagi menanganinya... Kajian tentang punca-punca berlakunya gempa bumi juga harus diperhebatkan dan yang penting sekali rakyat Malaysia sendiri harus sedar bahawa bumi ini sekarang ditahap yang kritikal, setiap penorakaan hutan, gunung dan bukit, pembalakan telah menyebabkan bumi tidak mampu menampungnya lagi......sedarlah wahai manusia bukan sahaja anda sahaja merasa sakit bumi juga mempunyai perasaan yang sama...renung2 kanlah..


*sumber daripada Kosmo

Wednesday, December 23, 2009

Pendakian Solo 1Malaysia.




Misi yang berasaskan kepada 1Pendakian 1Kemuncak, 1Malaysia iaitu mendaki Gunung Kinabalu dan Menara Kuala Lumpur 111 kali itu bakal dicatat dalam Guiness World Book of Records, pertengahan tahun depan. Untuk sebarang keterangan lanjut....ataupun kalau ada rakyat Malaysia yang nak bagi sokongan atau kata-kata semangat pada pendaki solo negara, Mohd Noor Mat Amin yang akan melakukan misi ini,bolehlah melayari http://www.pendakisolo.com/

Skim Persaraan 1Malaysia diperkenal

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memperkenalkan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia bagi menangani ketidakcukupan simpanan semasa bersara bagi golongan yang bekerja sendiri.

Cadangan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2010 pada Oktober lalu, sebagai satu tanggungjawab sosial untuk mengambil berat kebajikan semua peringkat rakyat yang bekerja sendiri iaitu kategori individu yang tidak mempunyai skim simpanan persaraan secara formal.

Skim itu yang mula ditawarkan 3 Januari ini, bertujuan memberikan perlindungan kewangan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap apabila mereka mencapai usia tua.

Menurut Jabatan Perangkaan, bilangan rakyat Malaysia yang berkerja sendiri adalah seramai kira-kira 2.5 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap ketidakcukupan simpanan sewaktu persaraan yang menjadi kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia terutamanya golongan bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap bulanan.

“Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menawarkan golongan terpilih berkenaan fleksibiliti dalam menentukan berapa jumlah yang mampu disimpan untuk simpanan persaraan mereka,” kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Beliau berkata, tidak seperti skim simpanan KWSP yang biasa, jumlah yang dicarumkan ke dalam Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia bergantung kepada tahap kemampuan pencarum.

Beliau menjelaskan, ahli boleh memilih untuk mencarum jumlah minimum antara RM50 dan RM5,000 sebulan sebagai simpanan persaraan mereka.

“Caruman adalah secara sukarela dan pencarum juga tidak perlu membayar caruman setiap bulan, ia bergantung kepada tahap kemampuan mereka.

“Bagaimanapun, ahli digalakkan untuk mencarum sejumlah wang secara berterusan tidak kira berapa jumlahnya ke dalam skim persaraan ini kerana disiplin amat perlu apabila menyimpan untuk persaraan,” ujarnya.

Simpanan di bawah skim itu akan menerima dividen tahunan mengikut kadar yang diumumkan KWSP sebagai tambahan kepada sumbangan kerajaan sebanyak lima peratus dan tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun, selama lima tahun bermula dari tahun depan hingga 2014.

Skim itu terbuka kepada individu bekerja sendiri seperti penjaja, peniaga pasar malam, ejen hartanah, deejay, pengajar di pusat kesihatan dan kecergasan, penyanyi dan pelakon, serta pemilik perniagaan dalam talian.

Individu yang berminat menyertai skim itu perlu mengisi Borang KWSP 16G(1M) yang boleh diperoleh di cawangan KWSP seluruh negara atau memuat turun borang itu menerusi laman web myEPF di www.kwsp.gov.my mulai 3 Januari tahun depan dan mengembalikannya ke cawangan KWSP yang berhampiran atau melalui serahan mel.

Bagaimanapun, individu yang berminat tetapi bukan ahli KWSP perlu berdaftar sebagai ahli terlebih dahulu dengan mengisi Borang KWSP 3 dan mengemukakannya sebelum memohon untuk menyertai skim itu.

Simpanan boleh didepositkan secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 6A(2) di kaunter bayaran KWSP seluruh negara.

Ahli KWSP sedia ada yang bekerja sendiri juga layak menyertai skim baru tersebut.
*Sumber daripada Utusan Malaysia

Thursday, December 17, 2009

SALAM MA'AL HIJRAH

Saya mengucapkan Selamat Menyambut Ma'al Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh Dunia...

Friday, December 04, 2009

Gempa bumi semakin menghampiri Malaysia....


Jika dulu kita sering mendengar dan melihat kejadian gempa bumi yang sering melanda negara jiran kita Indonesia. Tapi jika kita perhatikan sejak akhir-akhir ini negara kita turut merasai gegaran gempa bumi walaupun di tahap yang lemah. Pastinya ramai yang tertanya dan kalut dengan situasi ini, adakah negara kita semakin menghampiri pusat gempa bumi??

Gempa bumi lemah yang berukuran 3.0 pada skala richter yang melanda Kuala Pilah buat kali keempat bukanlah sesuatu yang biasa berlaku. Jika hanya sekali gegarannya bolehlah kita anggap ia hanyalah kesan biasa tetapi jika kali keempat di lokasi yang sama sejak semalam bukanlah perkara yang biasa-biasa yang perlu kita abaikan.

Walaupun pihak berkuasa tempatan mengingatkan orang ramai untuk tidak berasa bimbang atau panik dengan perkara ini tetapi gegaran kecil ini jika tidak diambil tindakan segera bagi mengatasinya seperti mengambil langkah berjaga-jaga ia mungkin boleh menjadi besar dan pada waktu itu apa yang akan berlaku jika tiada persiapan yang telah dibuat bagi mengatasinya dan akhirnya akan berlakulah perkara-perkara yang sering kita lihat dan dengar.....walaupun setiap yang berlaku itu adalah takdirNya dan tidak dapat kita elakkan tetapi sebagai manusia kita boleh berusaha untuk mengatasinya...

Thursday, December 03, 2009

Majlis Pertunangan Diana & Jamie

Di sini ingin ku kongsikan gambar Majlis Pertunangan saya untuk tatapan rakan-rakan tersayang. Majlis ini telah berlangsung di Lukut, Port Dickson N9 pada 24 Oktober 2009. (Sabtu). Dulu, Sekarang dan Selamanya dialah Permata Hidupku.

Layari Laman Web Jabatan Penerangan Malaysia

Laman Web Jabatan Penerangan Malaysia.
Sila klik di sini